be my friends ;)

Friday, 23 August 2013

penjagaan mahkota wanita,,

Assalamualaikum...tuan rumahhh,,,
ooo tuan rumahhh..cik rara datang dah nim.,,,
haha
merepek pulak cik rara ni kan..oookeeehhh..
untuk entry kali ni...cik rara na share dengan korang..
tentang tips penjagaan rambut....rambut kite kan mahkota kita...
so sesuai la dengan tajuk kita kann :) :)
tips ni cik rara pon cari kat uncle google jugak,,,
so alang-2 cik rara bace...na jugak la cik rara ni share dengan korang semua..

tips ni mungkin lebih kepada wanita bertudung,..
tp ta apelaaa,,bertudung ke tak bertudung ke,,,
kita sebagai wanita tetap kena jaga mahkota kita nim,,,
bg wanita bertudung.....walaupon kita nim pakai tudung,,
kita taak semestinya lepas tangan atau tak ambil serius tntang penjagaan rambut,,,
yelaa kita kan pakai tudung,,so mane la orang nampak kan,,
rambut kita lurus ke,,,kusut ke,,,sso ape na kesahh...

ooooo,,,ini tak bole dibiarkan,,haha mcm dialog drama lak...
lebih-2 lagi bagi wanita yang sudah berkahwin..yela rambut kita kan..
menjadi tatapan sang suami..takkan la suami na tgok rambut kita mcm bulu penyapu haha,,
so,,untuk wanita bertudung....cik rara ade senaraipendekkan beberapa tips untuk
menjaga rambut supaya kelihatan lebih cantik :)

1)tak seharusnya mencuci rambut setiap hari,,,
Cuci rambut setiap 2 atau 3 hari sekali dah memadai. Kalau yang nak cuci rambut sebelah pagi, boleh cuci 2 jam sebelum pakai tudung, biarkan rambut betul-betul kering. Cuci rambut juga perlu pilih syampu yang sesuai. Bab ni akan kita sentuh dalam tips #5. kalau yang rasa tak selesa & perlu cuci setiap hari, pilih syampu yang berasaskan herba. Cuci rambut sebelah petang atau malam, selepas balik kerja atau outing siang hari.

2)keringkan rambut secara semulajadi,,,
Tak kira lah panjang mana sekali pun rambut, rambut memerlukan masa yang lama untuk betul-betul kering sebelum mengenakan tudung. Keringkan rambut secara semulajadi. Biarkan ia lepas bebas dan elakkan daripada membungkusnya dengan tuala.
Elak mengikat rambut ketika basah. Kalau nak cepat keringkan rambut, boleh guna pengering rambut yang jenis tak panas, atau last option boleh gunakan kipas angin sambil jari-jemari tu digunakan untuk meleraikan rambut yang basah secara perlahan-lahan.
3)pilih kain tudung yang lembut
Pilih fabrik lembut untuk tudung. Jangan pilih fabrik kapas, kerana kain tudung yang memerangkap haba tak sesuai sebab mudah memerangkap haba dan buatkan kulit kepala kita cepat berpeluh.
Kalau selesa, elakkan pakai serkup kepala. Pastikan tudung betul-betul dipin dengan selesa supaya rambut tak terkeluar.
4)rehat dan relaks dulu
Bila sampai je di rumah, terus buka tudung dan biarkan kulit kepala “bernafas” terlebih dahulu. Rehat dalam masa 1/2 jam untuk peluh di kulit kepala kering. Sebaiknya, buka ikatan rambut dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Jangan biarkan rambut terus bertudung atau jangan pula terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.
Just rileks dan berehat sepenuhnya. Jangan lakukan apa-apa kerja yang berat kerana ianya akan berpeluh. Kalau ada air-cond lebih baik! Switch on aircond dan berbaring sebentar. Badan pun dapat berehat, dan kulit kepala pun kering daripada peluh!
5)cari dan pilih syampu yang sesuai,,Syampu memang kena cuba untuk cari yang sesuai dengan rambut & kulit kepala kita. Bagi cik rara yang paling penting pilih yang berasaskan herba dan semula jadi. Elakkan guna yang mengandungi banyak bahan kimia. Tapi apapun, ada guideline asas untuk pilih syampu jenis apa yang sesuai dengan jenis rambut kita.
6)atasi masalah rambut dengan secepat mungkin jika ade :) :)
Biasanya pakai tudung ni kadang-kadang boleh mendatangkan bau yang tak berapa best sebab faktor kelembapan, terutamanya untuk orang yang cepat berpeluh.
Apapun masalah yang dialami, sentiasa peka dengan keadaan rambut & jangan pandang remeh dan berharap masalah itu akan hilang dengan sendirinya. Masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya jika kita sendiri tak mencari penyelesaiannya.
Kalau tak mempunyai bajet lebih untuk mendapatkan rawatan di salun, boleh gunakan produk rawatan rambut herba yang ada di pasaran. Tapi pastikan dulu ianya herba dan halal, dan paling penting berkesan. Jangan main cuba-cuba sebarangan takut daripada nak jadi elok jadi lebih teruk pula.


nampak lebih segar untuk memakai tudung..bile kulit kepala sihat :)
iklan sunsilk sekejap :) :) kesegaran ternyata :) :)
okeee setakat ni sahajalah yang cik rara dapat kongsi dgn korang semua..
cik rara harap dengan beberapa tips ni..korang akan dapat rambut yang cantik
seperti yang diimpikan..selamat mencuba :) :) As-salam
ponpon:cik rara juga mempunyai masalah rambut,,,so jomlah kita sama-2 cube ea


No comments:

Post a Comment